Sunday 3 May 2015

Myvi Cabuk Pon Bole Bawak Racing Sampai Bunuh Orang Tak Bersalah.

"Tiba2 trauma tgok keta myvi."

...is the first post I saw on my twitter timeline. What the heck has gone wrong with myvi? As I scrolled down, I saw the whole issues of these "Myvi" trending. 

Bukan twitter je. Facebook punya timeline pon penuh dgn berita pasal kemalangan maut 6 Myvi lumba rempuh Pajero n mengorbankan 3 beranak...Allahu. Ape laaa hai nak jadi.

Ape mende laa dok berlumba pakai myvi lol. Siap ada kelab bagai. Poyo laaa. Sedar la myvi tuu ape la sgt sampai berkelab bagai...tak kesah lahh tapi tak bawak faedah. Kalau bawak faedah pon...aku tak nampak pon ape faedah nya kalau dah sampai merempit n ada orang terkorban.

Yang dah bangang...jadi bangang lagi. Dok bela sgt member kelab tu walhal dah sah2 salah merempit. Nak je aku...haishhh, biar laa. Mencarut pun buat tambah perit perasaan sebab bukan natang2 ni peduli pon. Bukan mangsa yg terkorban tu dapat diselamatkan lagi n hidup semula..hmm.

Memang laa diorang dok kata dah ajal..dah ajal...Ngok la weyh kata gituu...tak patut betol puak2 ni...ajal maut dari Allah...ni pon ye laa ajal kiranya, tapi yang beza cerita dia sebab kau yg speeding, tolol. Kalau kau tak speeding at least the possibility and the probability will be reduced duhhhh. Bole pon tak speeding bawak keta tuh...tak jugak meletop keta tu bawak cermat2... toksah la bajet ala fast n furious kalo setakat myvi cabuk dok bukak enjin sana sini bajet ferrari. Duhhhhh...


Ni dah accident, lagi la haiii kemek sana sini... pecah bumper...pecah cermin...cedera parah koyak2 lagi...patah2 semua...bunuh orang tak berdosa lagiiii atas kenafsuan nak bawak laju2 even myvi cabuk tu....kan?


Memang korg suka kena hentam se-Malaya pon kan? Lepas tuh buat statement bela diri konon tak salah...Weyh punya ramai saksi lagi kau nak jugak tegakkan benang yang basah? Konon siap ada "orang dalam" boleh handle n gamaknya lagi cakap pasal undang-undang?



What the?

Sel-sel otak tak berhubung dah besar panjang dapat lesen keta bukan suruh racing, suruh bawak keta cermat2.
Nak je kasi pecah muka puak2 gini sampai hancur pakai tayar myvi korg tu biar korg rasa.  Haish.

Darah muda...mmg suka nak bawak laju2 tapi ye laa tak mmpu..setakat myvi jee. Aku cakap ni. Better gi bkak bisnes buat modal je duit yang dok modified myvi sana sini tuh. Dapat jugak tambah income.

Tak jadi Ferrari gak tu myvi kau sampai bila2.

Kalau nak upah peguam..hmm. Banyak lol duit nak upah peguam bela dah walhal memang dah bersalah mengaku je laa jimat duit and at least, dah tebus kau punya salah tuh kat dunia..itu pon kalau tertebus la...at least kat family yang teraniaya...kat akhirat tanggung laaa sendiri. Kat mahkamah Allah tebus tak pakai wang ringgit oii...kalau banyak amalan baik tu la tebusannya...Allah tak makan rasuah. Takde pakai orang2 dalam ni...Bawak taubat laa semua, inshaAllah, Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Para peguam2 pon aku sarankan jangan laa dok belaa bangsat2 ni. Kalau dah diorang ni bersalah...dok bela lagi..mcm menegakkan benang yang basah...sama bangang. Tau makan duit haram kat dunia...aku tau ada yang gelap mata kena sogok...kat dunia andai laa lepas, aku pasti kat akhirat takde makna kau menang bicara bela puak2 salah ni...masuk neraka pon kena heret sama. Aku serius.

Dah tuuu tak pasal 3 manusia tak de kena mengena merempit rempit ni meninggal. Satu family lak tu.. lagi sedih sebab ada tinggal lagi anak perempuan arwah...2 orang...muda lagiiii. Allahu... kecik2 lagi. Macam mana la adik2 tu punya feeling aku dapat rasa. Mak diaa, ayah diaa...adik baby diaa hilang dalam sekelip mata...tak jumpa dah nak melawak2...nak manja2...

 Macam mana budak tu akan rindu family dia...semua mcm mimpi. Bangun tidur esok pagi dok terbayang bayang arwah mak diaa layan diaaa, dok ternampak nampak arwah ayah dia balik keja. Dok terngiang2 suara adik baby dia menangis2 kena usik...budak ni akan merindui family dia. Tidur malam dengan mata bengkak entah lena entah tidak...sayunya hati sebab terkenangkan kucupan dahi emak ayah sebelum tidur...termimpi belaian manja yang hanya tinggal kenangan. Bangun dari mimpi menghadapi realiti yang kejam. Dengan siapa dia nak mengadu kalau ada masalah kat sekolah.. dengan siapa dia bergantung harap...dia akan membesar dalam serba kekurangan walaupun ada ahli keluarga arwah yang akan ambil bela anak2 ni. Tapi...dia akan rasa kurang membesar di sekeliling dia, semua kawan2 dia ada family...Dia? Allahu. Sakit nya perasaan kehilangan tu. Memang akan meninggalkan parut berdarah yang tak akan sembuh. Cuba laa letak diri korang dalam diri anak2 yatim ni. 

Astaghfirullahal'adzim.

Kepada pesalah2 tuu yang dah la melanggar lari...sebab takut kan. Lari la sejauh mana nak lari... kat dunia ni lari laaaaaa. Lari. Tapi ingat aku cakap. Azab Allah itu pasti...lari laaaa..nak tengok jauh mana boleh pegi. Sembunyi la ceruk mana bole masuk tapi aku harap rasa takut bersalah tu akan terus menghantui kau sampai kau mati. People said, what goes around comes back around. Tak lama jugak tuuu. Sampai jugak nanti karma kau. Jangan ingat boleh lolos. 


 Mohon ahli kelab FMC yang lainnya, tolong la jangan subahat kes ni...3 orang awam terbunuh and korg nak backup PEMBUNUH? Well then, sama je la satu kelab pembunuh..!! Jangan nak babit nama kelab konon. Then, bagi la kerjasama serahkan suspek2 bagi senang keja pihak polis n at least boleh la bersihkan sikit nama kelab FMC korg tu.

 Jangan nak bengang sgt laaa kalau seMalaya label korg "pembunuh" sebab...mmg pon. Tak sedar lagi?  





Wait...aku tak bash sape yang bawak myvi tau...it's not cars that matters, it's the ATTITUDE dude... ATTITUDE. Tapi beringat laaa kalau nak mati sebab merempit tu mati la sendiri2. Jangan nak babit orang lain. Menyusahkan betul ada puak2 hidup tak pandai bersyukur macam ni.


Ni mesti ikon dok terikut ikut sgt dengan mendiang Paul Walker tuh. Kalau tak pon...lantak laa hado aku kesah? Kalau diorang pon tak kesah main2 dengan nyawa orang lain. At least Paul Walker mati dia disanjung (laaaa sangat..aku tak pon sebab tak minat fast n furious tuu)...ni dah la kena kutuk kaw2, bunuh orang pulak tuuuu. Oiiii tak rasa bersalah nak mati ke?

Mohon terasa kaw2 punya sapa yang ada impian nak race pakai myvi atau ape2 keta pon lepas ni. Buat pengajaran...jangan setakat wat troll pedas tapi takde penghayatan.


 Bajet terer ada Myvi modified enjin kat dunia? Kita tengok kat akhirat kalau Myvi kau bole race lari dari azab Allah SWT. Lepas tak lalu kat titian sirat pakai Myvi cabuk korg tuh.

Backup member much? Ye laa ahli kelab kan selalunya macam tu...brothers and sisters forever konon...Kita tengok kat akhirat, sapa nak backup sapa depan hukuman Allah. 


Pengajaran untuk diri sendiri jugak lepas ni berhemat la di jalan raya. Bukan bapak kau punya pon jalan2 kat dunia ni even kau kaya kalah Sultan Brunei pon...Allah yang punya. Dia beri pinjam utk kita jaga elok2, bukan kasi punah pecah.

Heyyyhhh..emosional aku. Hmm.


*****************

 Buat keluarga mangsa, saya mengucapkan takziah dan diharap ahli keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan arwah. Semoga pesalah dapat dihukum seadilnya. Saya bersama kalian. Buat adik AMIRA dan adiknya, moga tabah ye dik...Allah bersama orang2 yang sabar. Menjadi yatim piatu meninggikan darjat mu di sisi Allah. Berdoa la banyak demi kesejahteraan ibu bapamu dan adik kecilmu yang telah pergi meninggalkan kamu di dunia. Tidak mengapa kerana kami semua akan sentiasa menyokong kalian dan membesar lah kalian dengan harapan kami menjadi manusia yang berguna dan menegakkan keadilan. Jadilah kamu permata di dunia ini. Jangan lah menghampakan ibu bapa kalian yang pastinya ingin melihat kalian membesar dengan sempurna :)





-Luahan hati aku sang pemerhati dan pembaca internet yang ada somewhere di muka bumi ini-
Sekian.

No comments: