Friday 5 June 2015

Gegaran awal pagi di bumi Kota Kinabalu.

This morning, a sudden tremors incident around 7.17 am had caused panic all over the place in my residential college, except for me. I was somewhere else; I slept over at my faculty (for wifi of course.. hoho) last night and I wasn't home this morning. However, I still experienced the quick earthquake toll since the tremors still affected the place I was staying in. A short recap laaa about the incident: That medium earthquake of magnitude 5.9 Richter scale hit Ranau and the tremors had also affected other parts of  Sabah's west coast on Friday, 5th June 2015. Haaa, macam tu la lebih kurang headline berita kat tv tuuuh.

I stayed up late last night and sleepless. Only after Subuh this morning my sleepiness came and I slept in the musolla...It was not a long peaceful sleep since I was awake to what I thought was a dream at first, but actually it wasn't. Short but kinda strong earthquake moment for about a few seconds. 

I was like,"Wow, bergegaqnyaaa..." 

....sambil muka blur habeh sebab terbangun dari tidoq dalam keadaan confuse n tgok member 2 orang merangkap roommates yg lepak sekali tidur surau ODEC tengah confuse jugak sebab semua pon tgh mamai lagi. I could really feel that the floor shook beneath my feet and I could hear sound of tremors; things got shaken up and as I leaned to wall, I could hear the wall vibrating in terror. If only the earthquake last longer, I bet there would be cracks and the walls could collapse.

It's Friday, and first thing in the morning, I ventured short-term kinda strong earthquake and I thought it would be the apocalypse. T_T"

After the tremors ended, I was like, "Was that really happening?"sambil tenung muka member. Masing2 blur.

.....and in a few minutes after that, stream and throngs of notifications filling up my FB news feed and Twitter timeline, confirming the shocking wake-up-call incident. I must be lucky to still be living and called my mom after that, telling her about the earthquake experience. Mom was like, "Ye ke?? Ibu tak rasa ape2 pon...?" and short after that my brother turned on the tv and the news had been spread all over.

Yup, my not-very-first-time experience of earthquake...well, actually just quick tremors that happened in a few seconds. I experienced much smaller scale of earthquake before when I was still in my matriculation year in Kedah in 2011. (Alaaa, you  guys know jugak the story of that earthquake back then in 2011, which actually hit Myanmar and the neighbouring country got affected from it).


Moga kita semua dalam lindungan Allah Subhanahu Wa Taala. Semestinya apa yang berlaku itu adalah satu peringatan buat manusia yang lalai dan alpa. Takut chek gempa2 ni, lagi2 pulak time tu dok sedap tidoq lagi dibuai mimpi and then bangun terkejut sebab lantai bergegaq. Thrilled kot. Huhu.

Tuesday 5 May 2015

Make This World a Better Better Place...:)

Just nak share.


Tadi kat kedai makan, ada sorg pak cik ni aku nampak dia termenung sorg2 dekat satu meja kat sudut kedai tu. Pakcik ni pada aku tak nampak biasa sebab gaya dia mcm bukan orang biasa. Aku duduk jauh sikit tapi still bole nampak la gelagat pak cik tuh. Dari gaya dia..nampak dia macam konfius n mata asyik dok melilau tengok orang keluar masuk kedai makan tuh. Dalam hati aku, pak cik ni dah kenapa kan...Kat meja dia takde order pon sebab time aku sampai n even dah dapat order tadi pon pak cik tu dok termanggu-manggu lagi. Yang ada kat tangan dia mcm beberapa keping duit not biru seringgit2 and mcm sapu tangan yg nampak lusuh. 


Waiter n waitress pon yg aku heran macam buat tak layan je kat pakcik ni, n macam tak bother pon nak ambik order dari pak cik ni or tanya even dah limpas pegi balik ambik order org lain. Ada satu feeling curious kat sini...aku nak datang kat pakcik ni gi tanya tapi aku takut aku perasan lebih je....kot pakcik ni tggu someone ke. Kang nampak dramatik sangat pulak aku ni. Lama aku dok tengok tingkah laku pakcik ni n time aku berkira kira nak beranikan diri nak tanya, datang satu group orang muda dok dekat meja area2 pak cik tuh...pak cik tuh tenung diorg ni satu2...nak kata pakcik ni kenal, tak pulak dia menyapa...dia tenung je...bila budak2 ni bersembang and gelak2 which is pada pendengaran aku mmg puak semenanjung jugak mcm aku, dia tersenyum je mcm dia pon ikut conversation tu. 


Just then, ada la wakil laki dari group yg sembang tadi perasan agaknya tingkah laku pakcik ni n aku nmpak dia tanya pakcik tu something. Pakcik tu just tenung dia je mcm tak bagi apa2 reaksi lain. Pastu aku nampak reaksi pakcik ni macam something...aku dapat tafsir kat muka dia macam dia tengah kelaparan atau sesuatu tapi pakcik ni tak cakap. Dia renung je. Sorg2 budak depan dia yg dalam group tu dia tenung mcm heran...at last aku nmpak laki tu dtg dekat n cakap something n pak cik ni mcm angguk2. Aku tak dapat dengar sebab kedai tuh bising penuh orang kan tapi aku puji sgt laki tuh sebab in the end, dia pesankan makanan and air milo segelas kat pak cik ni alongside dgn diorang punya order n bila order diorang sampai, pakcik ni terus angkat tangan baca doa dan makan macam mmg dia betul2 lapar.


Allah...terharunya rasa. Aku tak tau kalau aku sorg je perasan sebab kedai tuh pon sibuk ramai pelanggan semua bising hiruk pikuk tapi kalau la apa yg aku dok perhati ni betul...memang kesian nya pakcik tuh. Kalo la aku yg approach dulu, mesti dia suka. Mcm org kebingungan, ada sikit compang camping and aku sebak sebab nampak kat tangan dia ada not biru seringgit2 tuh dlm bape keping je dlm sapu tgn. And aku salute mamat yang take care pak cik ni. Masih ada lagi orang baik budi yang peduli dgn orang lain walaupun orang tuh orang asing.


**Moga rezeki lelaki tu murah lagi sebab kemurahan hati dia tolong pakcik tuh. Amiin. Keep it up young man, this is the hero we seek for in this cruel world nowadays.







-Silent watcher from the other table-

Sunday 3 May 2015

Myvi Cabuk Pon Bole Bawak Racing Sampai Bunuh Orang Tak Bersalah.

"Tiba2 trauma tgok keta myvi."

...is the first post I saw on my twitter timeline. What the heck has gone wrong with myvi? As I scrolled down, I saw the whole issues of these "Myvi" trending. 

Bukan twitter je. Facebook punya timeline pon penuh dgn berita pasal kemalangan maut 6 Myvi lumba rempuh Pajero n mengorbankan 3 beranak...Allahu. Ape laaa hai nak jadi.

Ape mende laa dok berlumba pakai myvi lol. Siap ada kelab bagai. Poyo laaa. Sedar la myvi tuu ape la sgt sampai berkelab bagai...tak kesah lahh tapi tak bawak faedah. Kalau bawak faedah pon...aku tak nampak pon ape faedah nya kalau dah sampai merempit n ada orang terkorban.

Yang dah bangang...jadi bangang lagi. Dok bela sgt member kelab tu walhal dah sah2 salah merempit. Nak je aku...haishhh, biar laa. Mencarut pun buat tambah perit perasaan sebab bukan natang2 ni peduli pon. Bukan mangsa yg terkorban tu dapat diselamatkan lagi n hidup semula..hmm.

Memang laa diorang dok kata dah ajal..dah ajal...Ngok la weyh kata gituu...tak patut betol puak2 ni...ajal maut dari Allah...ni pon ye laa ajal kiranya, tapi yang beza cerita dia sebab kau yg speeding, tolol. Kalau kau tak speeding at least the possibility and the probability will be reduced duhhhh. Bole pon tak speeding bawak keta tuh...tak jugak meletop keta tu bawak cermat2... toksah la bajet ala fast n furious kalo setakat myvi cabuk dok bukak enjin sana sini bajet ferrari. Duhhhhh...


Ni dah accident, lagi la haiii kemek sana sini... pecah bumper...pecah cermin...cedera parah koyak2 lagi...patah2 semua...bunuh orang tak berdosa lagiiii atas kenafsuan nak bawak laju2 even myvi cabuk tu....kan?


Memang korg suka kena hentam se-Malaya pon kan? Lepas tuh buat statement bela diri konon tak salah...Weyh punya ramai saksi lagi kau nak jugak tegakkan benang yang basah? Konon siap ada "orang dalam" boleh handle n gamaknya lagi cakap pasal undang-undang?



What the?

Sel-sel otak tak berhubung dah besar panjang dapat lesen keta bukan suruh racing, suruh bawak keta cermat2.
Nak je kasi pecah muka puak2 gini sampai hancur pakai tayar myvi korg tu biar korg rasa.  Haish.

Darah muda...mmg suka nak bawak laju2 tapi ye laa tak mmpu..setakat myvi jee. Aku cakap ni. Better gi bkak bisnes buat modal je duit yang dok modified myvi sana sini tuh. Dapat jugak tambah income.

Tak jadi Ferrari gak tu myvi kau sampai bila2.

Kalau nak upah peguam..hmm. Banyak lol duit nak upah peguam bela dah walhal memang dah bersalah mengaku je laa jimat duit and at least, dah tebus kau punya salah tuh kat dunia..itu pon kalau tertebus la...at least kat family yang teraniaya...kat akhirat tanggung laaa sendiri. Kat mahkamah Allah tebus tak pakai wang ringgit oii...kalau banyak amalan baik tu la tebusannya...Allah tak makan rasuah. Takde pakai orang2 dalam ni...Bawak taubat laa semua, inshaAllah, Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Para peguam2 pon aku sarankan jangan laa dok belaa bangsat2 ni. Kalau dah diorang ni bersalah...dok bela lagi..mcm menegakkan benang yang basah...sama bangang. Tau makan duit haram kat dunia...aku tau ada yang gelap mata kena sogok...kat dunia andai laa lepas, aku pasti kat akhirat takde makna kau menang bicara bela puak2 salah ni...masuk neraka pon kena heret sama. Aku serius.

Dah tuuu tak pasal 3 manusia tak de kena mengena merempit rempit ni meninggal. Satu family lak tu.. lagi sedih sebab ada tinggal lagi anak perempuan arwah...2 orang...muda lagiiii. Allahu... kecik2 lagi. Macam mana la adik2 tu punya feeling aku dapat rasa. Mak diaa, ayah diaa...adik baby diaa hilang dalam sekelip mata...tak jumpa dah nak melawak2...nak manja2...

 Macam mana budak tu akan rindu family dia...semua mcm mimpi. Bangun tidur esok pagi dok terbayang bayang arwah mak diaa layan diaaa, dok ternampak nampak arwah ayah dia balik keja. Dok terngiang2 suara adik baby dia menangis2 kena usik...budak ni akan merindui family dia. Tidur malam dengan mata bengkak entah lena entah tidak...sayunya hati sebab terkenangkan kucupan dahi emak ayah sebelum tidur...termimpi belaian manja yang hanya tinggal kenangan. Bangun dari mimpi menghadapi realiti yang kejam. Dengan siapa dia nak mengadu kalau ada masalah kat sekolah.. dengan siapa dia bergantung harap...dia akan membesar dalam serba kekurangan walaupun ada ahli keluarga arwah yang akan ambil bela anak2 ni. Tapi...dia akan rasa kurang membesar di sekeliling dia, semua kawan2 dia ada family...Dia? Allahu. Sakit nya perasaan kehilangan tu. Memang akan meninggalkan parut berdarah yang tak akan sembuh. Cuba laa letak diri korang dalam diri anak2 yatim ni. 

Astaghfirullahal'adzim.

Kepada pesalah2 tuu yang dah la melanggar lari...sebab takut kan. Lari la sejauh mana nak lari... kat dunia ni lari laaaaaa. Lari. Tapi ingat aku cakap. Azab Allah itu pasti...lari laaaa..nak tengok jauh mana boleh pegi. Sembunyi la ceruk mana bole masuk tapi aku harap rasa takut bersalah tu akan terus menghantui kau sampai kau mati. People said, what goes around comes back around. Tak lama jugak tuuu. Sampai jugak nanti karma kau. Jangan ingat boleh lolos. 


 Mohon ahli kelab FMC yang lainnya, tolong la jangan subahat kes ni...3 orang awam terbunuh and korg nak backup PEMBUNUH? Well then, sama je la satu kelab pembunuh..!! Jangan nak babit nama kelab konon. Then, bagi la kerjasama serahkan suspek2 bagi senang keja pihak polis n at least boleh la bersihkan sikit nama kelab FMC korg tu.

 Jangan nak bengang sgt laaa kalau seMalaya label korg "pembunuh" sebab...mmg pon. Tak sedar lagi?  





Wait...aku tak bash sape yang bawak myvi tau...it's not cars that matters, it's the ATTITUDE dude... ATTITUDE. Tapi beringat laaa kalau nak mati sebab merempit tu mati la sendiri2. Jangan nak babit orang lain. Menyusahkan betul ada puak2 hidup tak pandai bersyukur macam ni.


Ni mesti ikon dok terikut ikut sgt dengan mendiang Paul Walker tuh. Kalau tak pon...lantak laa hado aku kesah? Kalau diorang pon tak kesah main2 dengan nyawa orang lain. At least Paul Walker mati dia disanjung (laaaa sangat..aku tak pon sebab tak minat fast n furious tuu)...ni dah la kena kutuk kaw2, bunuh orang pulak tuuuu. Oiiii tak rasa bersalah nak mati ke?

Mohon terasa kaw2 punya sapa yang ada impian nak race pakai myvi atau ape2 keta pon lepas ni. Buat pengajaran...jangan setakat wat troll pedas tapi takde penghayatan.


 Bajet terer ada Myvi modified enjin kat dunia? Kita tengok kat akhirat kalau Myvi kau bole race lari dari azab Allah SWT. Lepas tak lalu kat titian sirat pakai Myvi cabuk korg tuh.

Backup member much? Ye laa ahli kelab kan selalunya macam tu...brothers and sisters forever konon...Kita tengok kat akhirat, sapa nak backup sapa depan hukuman Allah. 


Pengajaran untuk diri sendiri jugak lepas ni berhemat la di jalan raya. Bukan bapak kau punya pon jalan2 kat dunia ni even kau kaya kalah Sultan Brunei pon...Allah yang punya. Dia beri pinjam utk kita jaga elok2, bukan kasi punah pecah.

Heyyyhhh..emosional aku. Hmm.


*****************

 Buat keluarga mangsa, saya mengucapkan takziah dan diharap ahli keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan arwah. Semoga pesalah dapat dihukum seadilnya. Saya bersama kalian. Buat adik AMIRA dan adiknya, moga tabah ye dik...Allah bersama orang2 yang sabar. Menjadi yatim piatu meninggikan darjat mu di sisi Allah. Berdoa la banyak demi kesejahteraan ibu bapamu dan adik kecilmu yang telah pergi meninggalkan kamu di dunia. Tidak mengapa kerana kami semua akan sentiasa menyokong kalian dan membesar lah kalian dengan harapan kami menjadi manusia yang berguna dan menegakkan keadilan. Jadilah kamu permata di dunia ini. Jangan lah menghampakan ibu bapa kalian yang pastinya ingin melihat kalian membesar dengan sempurna :)





-Luahan hati aku sang pemerhati dan pembaca internet yang ada somewhere di muka bumi ini-
Sekian.

Wednesday 28 January 2015

Jangan Baca Kalau Geli Sebab Aku Pun Geli Jugak.



Dear Future Mr Right,

Saya tak memilih sangat, janji awak dapat terima saya seadanya sebagaimana saya dapat terima awak...inshaAllah. Kerja tetap dan berduit itu kemestian, nak support hidup family laa katakan, tapi tak semestinya kaya juta-jutaan, saya tak pandang sangat keduniaan, yang penting keserasian dan kesefahaman.

Saya tak tengok ketampanan, yang saya nilai adalah kejujuran dan kesetiaan.
Lagi satu awak...family penting bagi saya, Ibu saya hanya seorangnya lagi di dunia selain awak yang saya cinta, dan juga dua orang lelaki penting dalam hidup saya selain awak dan Abah saya, Angah n Adik yang tiada gantinya. Saya berharap awak juga dapat hormati mereka sebagaimana saya.

Walaupun saya akan jadi milik awak dan awak berhak ke atas saya, tidak bermakna awak boleh bawak saya ke mana awak suka tanpa persetujuan saya. Rahsia awak, rahsia saya adalah rahsia kita berdua. Maaf jika saya bukan romantis yang suka melayan perasaan jiwang dan mudah digula-gula dengan pujuk rayu dan ros merah, juga bukan coklat mahupun intan permata, namun saya perlukan awak ketika saya berduka dan walang hati, di sisi saya dan memahami diri saya dan menjadi pendengar setia.

Awak...

Saya juga mungkin bukan perfect wife yang awak dambakan, tiada rupa, bukan hot figure, ala2 model Victoria Secret jauh sekali la kan tapi inshaAllah saya boleh berikan awak keperluan untuk hidup kita berdua. Sekurangnya saya mencuba. Sudah lumrah manusia sukakan rupa pada pandangan pertama, tapi saya harap awak nampak saya sebaliknya.

Saya harap awak tak kisah sikap individualis saya, kadang2 saya suka bersendiri dari ditemani, bukan bermakna saya pentingkan diri tapi saya dah terbiasa berdikari. Awak jangan risau saya setia, tapi awak kena pastikan awak juga setia, jangan main mata, juga tidak mudah percaya perkara yang awak hanya dengar tapi tidak awak nampak. Saya bukan jenis yang mudah melanggar janji tanpa sebab dan saya tak suka orang melanggar janjinya sewenang-wenangnya.

Awak...

Saya mungkin keras hati, saya harap awak dapat terima kedegilan saya yang kadangkala saya perlukan, untuk membela diri saya. Saya tidak mudah menaruh kepercayaan saya pada orang lain walaupun pada orang yang saya sayang, sebab kepercayaan itu sangat susah dibina namun sangat mudah di hancurkan. Sekali kepercayaan yang saya bagi awak musnahkan, selamanya awak tak akan dapat balik peluang untuk meraih kepercayaan saya.

Saya tak expect kita akan kekal as sweet couple forever, awak mungkin rasa saya bosan pada suatu masa, tapi ingat la hubungan yang kita bina jika hanya atas pada dasar cinta dan nafsu, memang tak kemana.

Saya nak awak tahu saya tak sempurna, banyak kekurangan so don't expect extraordinary superwife characters from me as neither me expecting you to be my Perfect Mr Right...saya nak kita saling memperbaiki kelemahan dan menerima kekurangan daripada menghukum dan menilai semata.



 

Eh. Kbai. Errr forever lonely punya cerita macam ni la dia.

Monday 26 January 2015

Diari Anak Perantau di Cuti Sem yang Hambar

Assalamualaikum pembuka bicara, eh?

Hmm banyak cerita nak bukak tapi tak terluah kat sini. Haha.

Ok. First, this is gonna be my first entry for 2015...yayyy!! Such an inspiration to write more entries in the future, for such a lazy-to-update-her-blog me. Haha. Hope to create much more memories in this year and I somehow (not officialy yet) getting older in few more months. I supposed to know that reaching 22, my life won't get any easier and eventually becoming older than before. And I hope that maturity will come upon me, stay by my side and make me stronger to live on.

Harap tak lambat sangat la lagi nak wish, "Happy New Year 2015~!!"

New year's resolution: Besides completing past year's incomplete resolutions, I just want to have good life, get better luck in financial source, being a person that can make everyone around me feel my happy energy and worth of being with me. Plus, I just want more time with my mom...and being with her is the moment that I really miss when we're thousand miles apart.

And I hope to get graduated from Bachelor of Marine Science (with honours) study hopefully without any problems in late November this year...(doa kat chek pliss... ^_^)

That's it. Wait...also in search for Future-Perfect-Fit-to-My-Soul person. Teehee. 
Faham kot noh. Sapa2 yang rasa dia nak try test market, boleh datang jumpa ibu saya mintak approval beliau. Eh.


Terasa kot diri makin tua. Sapa kata "age is just a number..."? Memang number pon tapi sedaq laaa seiringan dengan usia anda, datang tanggungjawab yang semakin berat. Tak tipu laa kan, yang time gini ramai yang pakat dok bina masjid...termasuk laa member2 dan sahabat sekolah yang dikenali, tak kurang juga yang tak dikenali. Pakat dok jemput dalam group FB, Whatssap segala...tak jelez pon seriuss...Aku jugak yang single. Eh.

Ok laa cukup la meraban. Aku pada dasarnya baru habis exam final namun pada dasar kegatalan untuk stay di Sabah dan tegar untuk langsung tidak meng"usha" tiket flight tambang murah Air Asia dan sebagainya untuk pulang ke hometown di Kedah telah menimbulkan bibit-bibit penyesalan yang tidak terhingga sebab baru ja seminggu habis exam, bajet bulletproof ala titanium gitu la kan perasaan ni...berkobar-kobar konon nak jadi anak perantau last-last homesick jugak sampai lencun bantal tekup muka sambil nangis. Eh.

To be exact, duit tak berapa cukup nak beli tiket balik. Ye laaa itew pakai ptptn jeww. Satu sem bahagian ptptn tuh bersih dapat pinjam pun hanya 1/2 dari nilai sepatutnya. "1/2 lagi pergi mana?" Tanya pulak dia. Aku pok jgak kang, haih macam tak paham...kan dah lesap bayar yuran awal2 sem tuu....sob sob. T___T

Hmm.

Anyway, ada laa hikmah kan tak balik naik flight shiuu shiuuu tuh... Sekarang ni kalau cakap pasal kapal terbang pon semua pakat paranoid...dok tanya, "Weyh, tak takut ka naik flight tuh?" "Ish..takut laa dok dengaq kapai terebang dok terhempaih sana sini.." etc. Macam depa pulak yang naik flight. Sapa kata aku tak cuak, cuak jugak tapi tuh la orang habaq, kalau nak mati ni mana2 ja...even hang tidoq diam2 pon bole ja mati...bukan sebab naik kapai terebang jaa. Kan? Kan?

Aku tak balik ni bukan la sebab ultimate nya aku takut flight, tapi aku serius tak dak dwet. Lagi satu, cuaca sekarang ni macam tak berapa feasible nak naik flight ditambah paranoia dan stereotype orang sekeliling yang dok takut kapai terebang terhempas segala. Haha. Hampa jangan la dok sebut2 pasai kapai terebang terhempas2 ni...benda tak jadi bole jadi kalo dok sebut2. Orang habaq kata-kata tuh kadang2 boleh menjadi satu doa. Doa hat elok-elok dah laa kan.

Tudia...keluaq utaqhaa aku. Sorry la geng. Gian nak cakap Kedah, dok lama dah kat Sabah nak melepas rindu loghat yang terpendam. Dah la tak balik holiday. Memang patut pon. Haha.

Aktiviti time "the-so-called-holiday" of mine ni...merancang untuk melakukan kerja lapangan dan sampling serta memperbaiki projek tahun akhir iaitu thesis yang telah pun menghantui kebanyakan student universiti tahun akhir tak kira apa jurusan pon. Balik rumah pon gerenti rasa tak tenang sebab tau thesis tak sempurna lagi so ada bagusnya jugak tak balik. Even homesick tu dah tahap gaban, terpaksa jugak abaikan. Haih.

Cuti sem kali ni basically aku merempat, foyer ODEC or fakulti tuh dah memang jadi rumah kedua untuk sepanjang sem ni. Tenang, sunyi...tepi laut...dan ada wifi yang awesome betul lajunya. Itu paling penting. Eh. Ahaaa, berbanding sem2 sebelum ni, sem ni aku dengan jayanya menyewa motosikal hasil duit ptptn yang tersimpan tuh. Feeling ala2 freelancer gitu, ke sana ke mari merempat tak bertempat dengan moto. Tak payah nak risau bas penuh kena diri berhimpit segala atau kena jalan kaki sebab tak dak bas dan segalanya mungkin dengan hanya sebuah motosikal. Sebab tuh la lari bajet. T___T

Ape pon, aku pon dah malas nak meraban kat sini...aku boring tak tau nak merepek apa dah. Saja nak masuk entry sebab rasa macam nak tulis something. Haha.

Kbai. Assalamualaikum.

Nak chewii la skit gambaq sem ni. Tak banyak pon. Sila laa jamu mata.


















 
















































Eh tak de la sikit gambar..banyak la jugak. Habis satu sem 5 aku kumpul dalam satu entry...mana tak banyak. Need no caption. All the memories were there...Ceewah.

*Padahal malas nak type caption tu...hikhok.


#p/s : aku tak balik cuti niii tak dak orang nak rindu ka? Hahaha.