Wednesday 28 January 2015

Jangan Baca Kalau Geli Sebab Aku Pun Geli Jugak.



Dear Future Mr Right,

Saya tak memilih sangat, janji awak dapat terima saya seadanya sebagaimana saya dapat terima awak...inshaAllah. Kerja tetap dan berduit itu kemestian, nak support hidup family laa katakan, tapi tak semestinya kaya juta-jutaan, saya tak pandang sangat keduniaan, yang penting keserasian dan kesefahaman.

Saya tak tengok ketampanan, yang saya nilai adalah kejujuran dan kesetiaan.
Lagi satu awak...family penting bagi saya, Ibu saya hanya seorangnya lagi di dunia selain awak yang saya cinta, dan juga dua orang lelaki penting dalam hidup saya selain awak dan Abah saya, Angah n Adik yang tiada gantinya. Saya berharap awak juga dapat hormati mereka sebagaimana saya.

Walaupun saya akan jadi milik awak dan awak berhak ke atas saya, tidak bermakna awak boleh bawak saya ke mana awak suka tanpa persetujuan saya. Rahsia awak, rahsia saya adalah rahsia kita berdua. Maaf jika saya bukan romantis yang suka melayan perasaan jiwang dan mudah digula-gula dengan pujuk rayu dan ros merah, juga bukan coklat mahupun intan permata, namun saya perlukan awak ketika saya berduka dan walang hati, di sisi saya dan memahami diri saya dan menjadi pendengar setia.

Awak...

Saya juga mungkin bukan perfect wife yang awak dambakan, tiada rupa, bukan hot figure, ala2 model Victoria Secret jauh sekali la kan tapi inshaAllah saya boleh berikan awak keperluan untuk hidup kita berdua. Sekurangnya saya mencuba. Sudah lumrah manusia sukakan rupa pada pandangan pertama, tapi saya harap awak nampak saya sebaliknya.

Saya harap awak tak kisah sikap individualis saya, kadang2 saya suka bersendiri dari ditemani, bukan bermakna saya pentingkan diri tapi saya dah terbiasa berdikari. Awak jangan risau saya setia, tapi awak kena pastikan awak juga setia, jangan main mata, juga tidak mudah percaya perkara yang awak hanya dengar tapi tidak awak nampak. Saya bukan jenis yang mudah melanggar janji tanpa sebab dan saya tak suka orang melanggar janjinya sewenang-wenangnya.

Awak...

Saya mungkin keras hati, saya harap awak dapat terima kedegilan saya yang kadangkala saya perlukan, untuk membela diri saya. Saya tidak mudah menaruh kepercayaan saya pada orang lain walaupun pada orang yang saya sayang, sebab kepercayaan itu sangat susah dibina namun sangat mudah di hancurkan. Sekali kepercayaan yang saya bagi awak musnahkan, selamanya awak tak akan dapat balik peluang untuk meraih kepercayaan saya.

Saya tak expect kita akan kekal as sweet couple forever, awak mungkin rasa saya bosan pada suatu masa, tapi ingat la hubungan yang kita bina jika hanya atas pada dasar cinta dan nafsu, memang tak kemana.

Saya nak awak tahu saya tak sempurna, banyak kekurangan so don't expect extraordinary superwife characters from me as neither me expecting you to be my Perfect Mr Right...saya nak kita saling memperbaiki kelemahan dan menerima kekurangan daripada menghukum dan menilai semata.



 

Eh. Kbai. Errr forever lonely punya cerita macam ni la dia.

Monday 26 January 2015

Diari Anak Perantau di Cuti Sem yang Hambar

Assalamualaikum pembuka bicara, eh?

Hmm banyak cerita nak bukak tapi tak terluah kat sini. Haha.

Ok. First, this is gonna be my first entry for 2015...yayyy!! Such an inspiration to write more entries in the future, for such a lazy-to-update-her-blog me. Haha. Hope to create much more memories in this year and I somehow (not officialy yet) getting older in few more months. I supposed to know that reaching 22, my life won't get any easier and eventually becoming older than before. And I hope that maturity will come upon me, stay by my side and make me stronger to live on.

Harap tak lambat sangat la lagi nak wish, "Happy New Year 2015~!!"

New year's resolution: Besides completing past year's incomplete resolutions, I just want to have good life, get better luck in financial source, being a person that can make everyone around me feel my happy energy and worth of being with me. Plus, I just want more time with my mom...and being with her is the moment that I really miss when we're thousand miles apart.

And I hope to get graduated from Bachelor of Marine Science (with honours) study hopefully without any problems in late November this year...(doa kat chek pliss... ^_^)

That's it. Wait...also in search for Future-Perfect-Fit-to-My-Soul person. Teehee. 
Faham kot noh. Sapa2 yang rasa dia nak try test market, boleh datang jumpa ibu saya mintak approval beliau. Eh.


Terasa kot diri makin tua. Sapa kata "age is just a number..."? Memang number pon tapi sedaq laaa seiringan dengan usia anda, datang tanggungjawab yang semakin berat. Tak tipu laa kan, yang time gini ramai yang pakat dok bina masjid...termasuk laa member2 dan sahabat sekolah yang dikenali, tak kurang juga yang tak dikenali. Pakat dok jemput dalam group FB, Whatssap segala...tak jelez pon seriuss...Aku jugak yang single. Eh.

Ok laa cukup la meraban. Aku pada dasarnya baru habis exam final namun pada dasar kegatalan untuk stay di Sabah dan tegar untuk langsung tidak meng"usha" tiket flight tambang murah Air Asia dan sebagainya untuk pulang ke hometown di Kedah telah menimbulkan bibit-bibit penyesalan yang tidak terhingga sebab baru ja seminggu habis exam, bajet bulletproof ala titanium gitu la kan perasaan ni...berkobar-kobar konon nak jadi anak perantau last-last homesick jugak sampai lencun bantal tekup muka sambil nangis. Eh.

To be exact, duit tak berapa cukup nak beli tiket balik. Ye laaa itew pakai ptptn jeww. Satu sem bahagian ptptn tuh bersih dapat pinjam pun hanya 1/2 dari nilai sepatutnya. "1/2 lagi pergi mana?" Tanya pulak dia. Aku pok jgak kang, haih macam tak paham...kan dah lesap bayar yuran awal2 sem tuu....sob sob. T___T

Hmm.

Anyway, ada laa hikmah kan tak balik naik flight shiuu shiuuu tuh... Sekarang ni kalau cakap pasal kapal terbang pon semua pakat paranoid...dok tanya, "Weyh, tak takut ka naik flight tuh?" "Ish..takut laa dok dengaq kapai terebang dok terhempaih sana sini.." etc. Macam depa pulak yang naik flight. Sapa kata aku tak cuak, cuak jugak tapi tuh la orang habaq, kalau nak mati ni mana2 ja...even hang tidoq diam2 pon bole ja mati...bukan sebab naik kapai terebang jaa. Kan? Kan?

Aku tak balik ni bukan la sebab ultimate nya aku takut flight, tapi aku serius tak dak dwet. Lagi satu, cuaca sekarang ni macam tak berapa feasible nak naik flight ditambah paranoia dan stereotype orang sekeliling yang dok takut kapai terebang terhempas segala. Haha. Hampa jangan la dok sebut2 pasai kapai terebang terhempas2 ni...benda tak jadi bole jadi kalo dok sebut2. Orang habaq kata-kata tuh kadang2 boleh menjadi satu doa. Doa hat elok-elok dah laa kan.

Tudia...keluaq utaqhaa aku. Sorry la geng. Gian nak cakap Kedah, dok lama dah kat Sabah nak melepas rindu loghat yang terpendam. Dah la tak balik holiday. Memang patut pon. Haha.

Aktiviti time "the-so-called-holiday" of mine ni...merancang untuk melakukan kerja lapangan dan sampling serta memperbaiki projek tahun akhir iaitu thesis yang telah pun menghantui kebanyakan student universiti tahun akhir tak kira apa jurusan pon. Balik rumah pon gerenti rasa tak tenang sebab tau thesis tak sempurna lagi so ada bagusnya jugak tak balik. Even homesick tu dah tahap gaban, terpaksa jugak abaikan. Haih.

Cuti sem kali ni basically aku merempat, foyer ODEC or fakulti tuh dah memang jadi rumah kedua untuk sepanjang sem ni. Tenang, sunyi...tepi laut...dan ada wifi yang awesome betul lajunya. Itu paling penting. Eh. Ahaaa, berbanding sem2 sebelum ni, sem ni aku dengan jayanya menyewa motosikal hasil duit ptptn yang tersimpan tuh. Feeling ala2 freelancer gitu, ke sana ke mari merempat tak bertempat dengan moto. Tak payah nak risau bas penuh kena diri berhimpit segala atau kena jalan kaki sebab tak dak bas dan segalanya mungkin dengan hanya sebuah motosikal. Sebab tuh la lari bajet. T___T

Ape pon, aku pon dah malas nak meraban kat sini...aku boring tak tau nak merepek apa dah. Saja nak masuk entry sebab rasa macam nak tulis something. Haha.

Kbai. Assalamualaikum.

Nak chewii la skit gambaq sem ni. Tak banyak pon. Sila laa jamu mata.


















 
















































Eh tak de la sikit gambar..banyak la jugak. Habis satu sem 5 aku kumpul dalam satu entry...mana tak banyak. Need no caption. All the memories were there...Ceewah.

*Padahal malas nak type caption tu...hikhok.


#p/s : aku tak balik cuti niii tak dak orang nak rindu ka? Hahaha.