Dear Future Mr Right,
Saya tak memilih sangat, janji awak dapat terima saya seadanya
sebagaimana saya dapat terima awak...inshaAllah. Kerja tetap dan berduit
itu kemestian, nak support hidup family laa katakan, tapi tak semestinya
kaya juta-jutaan, saya tak pandang sangat keduniaan, yang penting keserasian dan kesefahaman.
Saya tak tengok ketampanan, yang saya nilai adalah kejujuran dan kesetiaan.
Lagi satu awak...family penting bagi saya, Ibu saya hanya seorangnya lagi di dunia selain awak yang saya cinta,
dan juga dua orang lelaki penting dalam hidup saya selain awak dan Abah
saya, Angah n Adik yang tiada gantinya. Saya berharap awak juga dapat
hormati mereka sebagaimana saya.
Walaupun saya akan jadi milik awak dan awak berhak ke atas saya, tidak bermakna awak boleh bawak saya ke mana awak suka tanpa persetujuan saya. Rahsia awak, rahsia saya adalah rahsia kita berdua. Maaf jika saya bukan romantis yang suka melayan perasaan jiwang dan mudah digula-gula dengan pujuk rayu dan ros merah, juga bukan coklat mahupun intan permata, namun saya perlukan awak ketika saya berduka dan walang hati, di sisi saya dan memahami diri saya dan menjadi pendengar setia.
Awak...
Saya juga mungkin bukan perfect wife yang awak dambakan, tiada rupa, bukan hot figure, ala2 model Victoria Secret jauh sekali la kan tapi inshaAllah saya boleh berikan awak keperluan untuk hidup kita berdua. Sekurangnya saya mencuba. Sudah lumrah manusia sukakan rupa pada pandangan pertama, tapi saya harap awak nampak saya sebaliknya.
Saya harap awak tak kisah sikap individualis saya, kadang2 saya suka bersendiri dari ditemani, bukan bermakna saya pentingkan diri tapi saya dah terbiasa berdikari. Awak jangan risau saya setia, tapi awak kena pastikan awak juga setia, jangan main mata, juga tidak mudah percaya perkara yang awak hanya dengar tapi tidak awak nampak. Saya bukan jenis yang mudah melanggar janji tanpa sebab dan saya tak suka orang melanggar janjinya sewenang-wenangnya.
Awak...
Saya mungkin keras hati, saya harap awak dapat terima kedegilan saya yang kadangkala saya perlukan, untuk membela diri saya. Saya tidak mudah menaruh kepercayaan saya pada orang lain walaupun pada orang yang saya sayang, sebab kepercayaan itu sangat susah dibina namun sangat mudah di hancurkan. Sekali kepercayaan yang saya bagi awak musnahkan, selamanya awak tak akan dapat balik peluang untuk meraih kepercayaan saya.
Saya tak expect kita akan kekal as sweet couple forever, awak mungkin rasa saya bosan pada suatu masa, tapi ingat la hubungan yang kita bina jika hanya atas pada dasar cinta dan nafsu, memang tak kemana.
Saya nak awak tahu saya tak sempurna, banyak kekurangan so don't expect extraordinary superwife characters from me as neither me expecting you to be my Perfect Mr Right...saya nak kita saling memperbaiki kelemahan dan menerima kekurangan daripada menghukum dan menilai semata.
Eh. Kbai. Errr forever lonely punya cerita macam ni la dia.
3 comments:
awwww :3
hehe.... nani rinduuuu~!!!
acecey malinnnnn...moga bertemu insan selayaknya :) btw bru singgah haha
Post a Comment