Teringat dan terkesan dengan hujah seorang teman tak lama dulu...
Ter"usha" gambar sorg member ni kat lappy dia, posing ayu giler bak gadis melayu terakhir.
"Eh. Cun la ko pakai tudung mcm ni...hihi~ nampak ayu..sopan...baru la nampak mcm gadis melayu terakhir gitu...."
Dia hanya tersenyum.
"Aku baru ternampak ko pakai tudung dlm gambar nih..hihi :D gambar bile nih?? "
(niat di hati berharap dia tergerak la nak pakai tudung and cover la rambut dia tuh.)
"Ala...gambar nih lame dah, time skola2 dulu...time raya dgn member2..hmm, aku bukannye tak nak pakai tudung la weyh. buat ape nak paksa diri kalo tak rela.. lagipon, aku tgok org yg pakai tudung ni, pe'el lagi tak bole pakai dari org yg tak pakai tudung mcm aku. kalo kapel tuh, kalah org dah kawen. cium2 pipi? pegang2 tangan? ishh, pelik la. apa yg dibangga sangat dgn tudung dia tuh. konon nampak islamik? hmmm..dah la tuh, kalo yg tudung labuh tuh pon tak kurang, macam sama je. diorang tuh suka bergaul dgn puak2 diorang je, jalan ramai2, konon buat usrah, kadang2 ngutuk ngumpat org jugak. ingat aku tak tau? aku tak kata la semua org mcm tuh, tapi ko pon tak nafikan kan kalo aku kata mcm tuh?"
*************
Tapi apa yg aku nak kesahkan kat sini, bukan la sgt pasal pakai tudung atau tak, bukan pasal ngumpat atau pasal kapel, tapi pasal hati. Ya. HATI. Aku tau, aku bukan alim pon nak cerita2 pasal HATI nih...aku pon sgt laaaa banyak kekurangan yg tak terbaiki. Aku hanya orang kebanyakan yg kadang2 tau tapi tak mengaplikasikan. Tapi aku mcm terpanggil untuk share apa yg aku rasa tentang topik nih.
HATI. Ya...hati. Bahasa Arabnya, QALBU. Bahasa Inggeris korg pon tau, LIVER (yg ni direct translation utk hati, organ fizikal) @ HEART (juga organ fizikal, tapi lebih kpada "hati" atau utk mnyatakan perasaan? mcm tuh la lebih kurang...=_=") bahasa2 lain, korg tanya pak cik Google sendiri la eh.
Qalbu kat sini bukan la pada segi zahir definisinya yg bererti jantung, atau "organ yang sarat dengan otot yang fungsinya mengepam darah, terletak di tengah dada agak miring ke kiri.." =_=" memang betol pada definisi tapi bukan ini yg aku nak tekankan, pening pulak aku nak tafsir satu2...macam pakar bahasa.
Tapi tuh la, apa yg aku nak kata, apa je yg kita nak lakukan semuanya start dari HATI kita. Niat yg terlintas tuh, even tak terkeluar lagi kat mulut pun memang sah datang dari HATI. Jahat baiknya manusia pon berasal dari HATI.
HATI, HATI, HATI...semua pon HATI.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
“Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu.” (Bukhari & Muslim)Rasulullah mengandaikan qalbu ni mcm raja atau pemerintah yg dipatuhi rakyat jelatanya. Andai pemerintah ni memerintah dgn baik, maka baik jugak la rakyat yg diperintah dan mcm tu jugak la kalau sebaliknya.
Ok la, berbalik kpada konteks aku tadi, nak pakai tudung or tutup aurat pon sesuatu yg datang dari hati. Ingat, pakai tudung itu bukan sebab trend, bukan sebab nak cover aib semata atau sebab nak tunjuk baik depan orang. Niat macam tuh tak ke mana cik kak. Dah tu, inshaAllah tak dapat pahala ibadat sebab niat terpesong. Eh.
Ada jugak kebetulan kata member aku tuh, kalau pakai tudung pon, hatta tudung labuh sekali pon tapi pe'el tak jaga, akhlak ntah hape2, kan dah timbul fitnah rata-rata. Aku mengaku aku bukan jenis yang alim dan susah nak istiqamah wat benda2 baik nih, tapi aku tetap berusaha menjaga batas2 yg ada semampu mungkin. Bukan bermakna aku tak mengumpat langsung, cuma kadang2 sifat amarah terlalu merajai hati. Aku pon manusia biasa. Macam korang. Tak lebih tak kurang. Yang kadang2 pandai cakap tapi buat tak pon. Hmm...Astaghfirullah. >_<
**************
Ehem..ehem...
Awak yg pakai tudung litup pon...jangan bangga sangat yg awak konon selamat tutup aurat.
Ingat, bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Pakai tudung tak wajib, tapi yg wajib tuh tutup aurat..." =D
Cer check balik, cukup ke dgn pakai tudung, awak dah tutup semua?
Baju awak...seluar awak...skirt labuh awak...ikut bentuk badan ke longgar?
Dedah punggung, dada tak?
Tebal ke nipis n jarang sampai nampak dalam?
Transparent, translucent, transport, transaction, trans fat dan trans-trans yg sewaktu dengannya?
*ehhh? ok abaikan yg nih...*
Dah OK? hehe~
Kalau dah bole istiqamah yg basic ni, bole la cuba yg advance sket dan terus perbaiki part lain macam pakai stokin kaki... pakai handsock... pakai tudung labuh sikit...sebab kita ni kalau nak berubah ni bukan nak express n drastik. Biar slow asal dia berpanjangan n berkekalan. Dan yang penting, jaga perawakan dan as perempuan, kita kena jaga pandangan mata depan lelaki yg bukan mahram kita. Bukan control ayu, nanti orang kata gediks pulak. =_=" Tapi jagalah sikit batasan kita dengan lelaki, ok?
Ha...dah sampai bab ni, alang2 tercakap, aku kupas sikit la topik nih.
Kalau awak berkapel, dah tentu ke dia tuh "Mr Right" yg awak dambakan? Yang akan menjadi penyelamat hidup awak? Yang menjadi imam solat awak? Yang bole pimpin awak meniti titian ke syurga Jannah? Terpulang la pada masing2 tapi kalau aku, definisi bahagia dalam cinta bukan la cinta sebelum kahwin, tetapi cinta selepas nikah. *woot woot*
--> Macam tak masuk akal doe minah ni. Acane nak kahwin kalau tak cinta?
Hmm.
Nak tanya nih, kalau dah cinta sebelum kahwin tuh, dah sweet sana sini...lepas kahwin, gerenti tak cerai ke?
And lagi satu, kalau dah kapel sweet2 tuh, dah cinta sana sini...GERENTI KAHWIN KE cik akak????
Ehem ehem..*clears throat*
Jawab la sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Eh tak. Tanya HATI.
Tak semua gentleman kat luar sana yg berani nak "try n error" method ni, tapi ini lah yg paling afdhal.
**************
Lelaki yang berani dan kacak bukan lah terletak pada kekuatan sixpaxnya bak Taylor Lautner Twilight atau rupanya yg jambu ala2 Korea mcm Donghae Super Junior ataupon T.O.P Big Bang, tapi beraninya dia memikul amanah serta tanggungjawab dan mengambil risiko dengan mengahwini perempuan yg di idaminya walaupon tak pernah berdating berkenalan sebelumnya. Kacaknya lelaki adalah kerana santun budi dan akhlaknya serta imannya. Bukan nya galak mintak nombo tepon pastuh ajak kuar dating, makan2..ish, No No No. Mungkin hanya dengan sekali pandang atau terjumpa hatinya terus berkocak dan dadanya bergoncang. Dengan sekali pandang, dia asyik teringat-ingat dan tanpa ragu terus mengambil keputusan final dgn melamar gadis tuh. *Wooaaaa...peeewit*---> Realitinya, memang susah nak jumpa jenis yang macam ni tapi hakikatnya memang ada.
Aku ada kenalan yang dah menikah time muda gini tapi sebelum kahwin tak penah kenal pon bakal suami dia. Cuma pernah terserempak sekali dua.
Aku tanya la jugak, tak pelik ke ada orang tak kenal tiba2 masok meminang, pastu nak kahwin?
Dia kata, dia redha je tapi ada something yg menyebabkan HATI dia tak rasa takut malah rasa ringan dan senang. Dah parents dia bagi lampu hijau, mesti ada something yang menambat hati parents dia yg ada pada lelaki tuh yg tak de dekat orang lain. So, dia pon on je la. Skarang nih dah dekat setahun diorg kahwin, alhamdulillah..baru2 nih dia baru je melahirkan puteri sulong yg cute.
OMG. Comel betol seyh anak die...Jelas terasa jelez tapi simpan sendiri2 je la. haha~
Ada jugak aku tanya, "mcm mana dia orangnya? ok tak rasa lepas kahwin ke rasa pelik sebab ye la kawen dgn org yg tak kenal?"
Dia kata mcm ni la lebih kurang," Mula2 memang mcm pelik but makin hari rasa mcm makin curious dan makin banyak surprise. Selalu rasa dihargai n special. Dia layan je kerenah akak n akak pon tak rasa kekok, tapi rasa selamat..."
OMG. sweet kan...ni la nikmat cinta lepas kahwin. Yang sweet2 tuh dapat lepas kahwin, kan special, dah la tuh dapat pahala lagi...Alhamdulillah. Moga berkekalan la hendaknya. :D
**************
OK. dah panjang nor aku melalut ni. Ni la malin kalau dah bole taram entry blog dia..hmm. ntah hape-hape...maaf la pada yg terbaca smpai ke level ini, dah banyak terbabas dah dari tajuk asal. maap bebanyak. LOL.
OK. OK. Last words la, apa2 pon kita nak buat, niat kena betol. HATI kena selalu update dengan niat2 and benda baik...kena selalu "brainwash", kena banyak muhasabah diri sebelum tido malam or bila2 masa yg perlu... hoho~ Ingat, nak buat perubahan tak mustahil tapi nak start mulakan perubahan tuh memang susah. Memang la susah sebab tak biasa kan but once dah jadik kebiasaan, tak rasa susah pon. Betul. Trust me. Kita cuma ada satu hati dan hati kita ni bole berubah-ubah. Apa la kata kita ubah HATI kita ni ke arah yg lebih baik...kan? Better cuba sebelum terlambat. It's never too late to start doing something good.
***Peringatan demi peringatan semua ni di tujukan khas kepada diri aku sendiri terutamanya. Anda yang terbaca kalau rasa entry ni tak annoying dan ada part2 yg bole jadik teladan, amek la...yg pelik2 jangan ikut..OK?"
Sekian dulu dari diri hamba yg tak seberapa ni. Maaf le andai aku bazir masa korang yg berharga. Have a nice day, guys !! Assalamualaikum :D
No comments:
Post a Comment